|
PENGENALAN
Nama
"Pekan Rabu"
yang terletak di tengah-tengah bandar
Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun
luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam
indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga
bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat
bumiputera di Kedah. Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun
Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi pelancong-pelancong,
sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika
tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu.
Dengan bantuan pinjaman dari
pihak MARA, sebuah kompleks yang berharga RM 3.2 juta telah dapat dibina
pada tahun 1975 dan diubahsuai pada tahun 1995 dengan belanja RM 6.5 juta.
Kompleks perniagaan yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim ini telah di
rasmikan pembukaannya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir pada 25 Februari 1978
(Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu).
Sebelum Kompleks Pekan Rabu
ini wujud, peniaga-peniaga di situ hanya berlindung di sebuah bangunan yang
terbuka, tanpa dinding dengan tempat berniaga yang agak berselerak dan tidak
teratur. Dan kini Kompleks Pekan Rabu yang mengandungi 347 buah kedai yang
menjalankan berbagai jenis perniagaan telah berjaya menjadi sebahagian
daripada mercu tanda bandar Alor Setar.
 |
|
 |
| Suasana Pekan Rabu tahun 30an di
Tanjung Chali |
|
Pekan Rabu Lama dibina tahun 1932 |
Pekan Rabu
"
lama"
sebelum dibina bangunan yang sedia ada sekarang
Pekan Rabu mempunyai sejarah
tersendiri dalam usaha menggalakan penyertaan bumiputera bergiat dalam
bidang perniagaan yang menjadi minat masing-masing.
Kegiatan perniagaan Pekan
Rabu bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Tunku
Yaacob, seorang Putera Diraja Kedah, supaya orang-orang melayu dapat terus
menjalankan perniagaan dalam bandar. Ianya bermula dari pasar minggu di
Tanjong Chali, yang terletak dipersinggahan antara Jalan Pekan China dan
Jalan Pengkalan Kapal di bandar Alor Setar.
Tanjong Chali merupakan
sebuah tapak bagi melatih orang-orang Melayu di dalam perniagaan. YTM Tunku
Yaakob telah mengasaskan kawasan perniagaan ini menjadi pasar minggu di situ
pada setiap hari Rabu sahaja pada awal 1920 an. Perniagaan mingguan ini
kemudiannya berkembang maju dan berlangsung pada setiap hari. Ini
menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memindahkan Pekan Rabu ini ketapak
barunya yang ada sekarang pada tahun 1932 kerana kawasannya menjadi sempit
akibat perkembangan perniagaan yang di jalankan.
KRONOLOGI
Tahun
1920
Almarhum Tunku Yaacob ibnu Almarhum Sultan Abdul Hamid telah mengasaskan
Pasar Minggu di Tanjung Chali.
Tahun
1932
Pekan Rabu di Tanjung Chali telah berpindah ke Jalan Tunku Ibrahim
Tahun
1940
Pejabat Daerah Kota Star menubuhkan 'Kampung Kraf' dengan menjadikan Pekan
Rabu sebagai tempat pemasaran.
Tahun
1950
Syarikat Bekerjasama-sama Kebajikan 'Am Pekan Rabu Alor Setar
Tanggongan Berhad ditubuhkan.
Tahun
1957
Kerajaan meluluskan kawasan baru di hadapan Pekan Rabu yang dinamakan Pasar
Yaakub
Nama syarikat dipinda kepada Syarikat Perniagaan dan Pasaran Melayu
Bekerjasama Alor Setar Tanggungan Bhd.
Tahun
1968
Bilangan ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.
Tahun
1971
Bilangan ahli meningkat kepada 401 orang.
Peniaga Pasar Yaakub sebanyak 13 orang berpindah ke Pasar Serbanika.
Tahun
1974
Bilangan Ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.
Tahun
1976
Pada 22 Oktober 1976 jam 12.15 malam kebakaran telah berlaku di Pekan Rabu
Sementara. Seramai 126 orang telah kehilangan harta benda. Tiga barisan
bangunan sementara telah musnah dijilat api. Jumlah kerugian dianggarkan RM
1/2 juta.
Tahun
1978
25 Februari 1978
Bangunan Kompleks Pekan Rabu telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad (Timbalan Perdana Menteri ketika itu).
10 Oktober 1978
Y.A.B. Dato' Seri Syed Nahar Shahabudin, Menteri Besar Kedah telah melawat
Kompleks Perniagaan Pekan Rabu.
4 Disember 1978
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung melawat Kompleks Pekan Rabu.
Tahun
1988
Projek Pekan Rabu Fasa II dimulakan dengan kos RM 2 juta.
Tahun
1990
Projek bangunan Pekan Rabu Fasa II telah siap dan 73 buah gerai telah
disediakan.
Tahun
1995
YAB Dr. Mahathir telah meluluskan RM 6.5 juta melalui Kerajaan Negeri untuk
mengubahsuai bangunan Pekan Rabu. Peniaga-peniaga telah dipindahkan
sementara di hadapan Panggung Empire dan di Kawasan Lapang hadapan Bank
Bumiputra.
Tahun
1996
16 September 1996
Pengubahsuaian bangunan Pekan Rabu telah siap dan peniaga-peniaga telah
kembali ke bangunan baru
Tahun
2000
5 Ogos 2000
Y.A.B. Menteri Besar Kedah merasmikan Karnival Beli Belah Pekan Rabu.
14 Ogos 2000
YAB. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan buku Che' Det & Pekan Rabu.
29 September hingga 2 Oktober
2000
Expo Perdagangan Koperasi Peringkat Negeri Kedah
Perasmian oleh YB Tan Sri Datuk Kasitah Gadam, Menteri Tanah dan Pembangunan
Koperasi.
1 Oktober 2000
Lawatan KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah ke Kompleks Pekan Rabu.
23 Oktober 2000
Majlis menandatangani Dokumen Perjanjian Penyerahan Kompleks Pekan Rabu oleh
MARA kepada Koperasi Pekan Rabu diantara Pengerusi Koperasi Pekan Rabu dan
Pengarah MARA Negeri Kedah dengan disaksikan oleh Wakil Menteri Besar Kedah
YB Prof Dato' Dr Hj Othman Ishak.
Tahun
2001
18 April 2001
Majlis Pecah Tanah Projek Cek Det Mall, Cek Det Walk dan Dataran Sungai
Raja.
Perasmian disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Menteri Besar Kedah.

Pekan Rabu 2003
-
Mantan
Perdana Menteri Malaysia ke 4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah
berniaga di sini.
-
Tiap kali
beliau membuat lawatan atau pulang ke Kedah Perdana Menteri tidak pernah
ketinggalan melawat ke Pekan Rabu.
-
Pasar
Ramadhan akan diadakan di sekeliling bangunan Pekan Rabu pada setiap kali
menyambut bulan puasa.
-
Lelongan kuih
raya akan diadakan pada setiap malam Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
-
Hari Sabtu
dan Ahad merupakan hari yang paling sibuk dan ramai dikunjungi pelawat
samaada tempatan ataupun dari luar.
-
Pekan Rabu
pernah menjadi tempat pertemuan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah
untuk melancarkan gerakan perjuangan mereka.
Kemudahan Yang Disediakan
Surau
Tandas
Berhampiran stesen teksi, bas, bank dan hotel
Telefon Awam
Mesin Autoteller
Jejantas Ke Komplek Pekan Rabu
Tempat letak kereta
Pekan Rabu pada dasarnya
adalah pusat perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil Bumiputera. Untuk
menjalankan perniagaan di sini, perlulah menjadi ahli Koperasi Pekan Rabu.
Mereka yang bukan ahli boleh juga berniaga dengan menyewa lot-lot kedai
daripada ahli Koperasi Pekan Rabu. Kadar sewa yang dikenakan ialah antara RM
90 – RM 300 sebulan.
Terdapat berbagai-bagai
jenis perniagaan yang di jalankan di Kompleks Pekan Rabu, dari hasil tanaman
keluaran kampung sehingga ke perniagaan yang agak komersial dan bertaraf
antarabangsa. Kedai-kedai yang terdapat di sini mula beroperasi mulai jam
8.00 pagi hingga ke 9.00 malam, pada tiap-tiap hari termasuk pada hari cuti
umum atau perayaan.
Di Fasa 1 terdapat 5 tingkat kedai
perniagaan yang mengandungi 274 buah gerai, manakala di Fasa 2 juga terdapat
5 tingkat kedai yang mengandungi 73 buah gerai.
Perniagaan yang terdapat di Kompleks Pekan
Rabu ini ialah :-
| 1. Kedai Pakaian |
13. Kedai gunting rambut |
| 2. Kedai Makanan / Minuman |
14. Kedai Muzik |
| 3. Kedai Barang-barang Kemas |
15. Kedai Jam |
| 4. Kedai Buah-buahan |
16. Kedai Ikan Kering |
| 5. Kedai sayur-sayuran dan ulam-ulaman. |
17. Kedai Sekolah Memandu |
| 6. Kedai kuih muih ( kering atau basah) |
18. Kedai Cermin dan Frame |
| 7. Kedai Buku atau majalah dan akhbar |
19. Kedai Gigi |
| 8. Kedai Kraftangan |
20. Kedai Alat Permainan |
| 9. Kedai Pinggan Mangkuk |
21. Kedai Cermin Mata |
| 10. Kedai Ubat Tadisional |
22. Kedai Beg |
| 11. Kedai Alat-alat perhiasan dan
kosmetik |
23. Kedai Peralatan Haji |
| 12. Kedai Tukang Jahit |
24. Internet-Cafe |
Peranan
Pekan Rabu Dalam Membangun Ekonomi Orang Melayu
- Membantu dan mempertingkatkan pencapaian
peniaga-peniaga Melayu.
- Menyatupadukan peniaga-peniaga Melayu di
bawah satu bumbung.
- Membantu peniaga-peniaga Melayu bersatu
tenaga secara kolektif bagi merebut peluang-peluang perniagaan untuk
bersaing dengan bangsa-bangsa lain.
- Masalah ketiadaan tempat atau ruang
berniaga di kalangan peniaga-peniaga Melayu dapat diatasi.
- Berjaya melahirkan ramai pemborong dan
peniaga-peniaga Melayu.
- Barangan keluaran kampung / tempatan
berjaya diketengahkan ke pasaran luar.
- Aktiviti perniagaan orang Melayu menjadi
tersusun dan terurus di segi pemasaran dan prasarana.
- Menjadi pusat tarikan pelancong dari segi
perdagangan dan keunikannya.
Album
Bergambar |
Pengurusan | Menu Utama
Hantarkan komen dan cadangan
anda kepada webmaster@pekanrabu.cm
Tarikh kemaskini :
18-Jan-2007 |