Latar Belakang

Ditubuhkan dengan resmi pada 7hb Ogos 1940 atas nama Syarikat Bekerjasama-sama Kebajikan Am Pekan Rabu Alor Setar Berhad. Bilangan anggota pada 31hb. Disember 2008 seramai 1081 orang. Keanggotaan adalah terbuka kepada orang Melayu yang berniaga dan tinggal didalam daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman. Setiap anggota perlu mempunyai modal saham sekurang-kurangnya RM200.00 untuk berfungsi dan layak hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).

Pengurusan Koperasi dikendalikan oleh 15 orang Anggota Lembaga Pengarah yang dilantik didalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dibantu oleh kakitangan tetap yang diketuai oleh seorang Pegawai Eksekutif.

Anggota Lembaga Pengarah yang dilantik akan berkhidmat selama tiga tahun dan perlu dipilh semula didalam Mesyuarat Agung untuk penggal seterusnya. Jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari adalah dipilih dikalangan Anggota Lembaga dalam Mesyuarat Lembaga yang pertama selepas mesyuarat agung. Peraturan ini adalah terkandung didalam Undang-Undang Kecil Koperasi dan tertakluk kepada Akta Koperasi 1993 (dikenali juga sebagai Akta 502) pindaan 2007, serta Peraturan-Peraturan Koperasi 1995 yang berkuatkuasa dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Lembaga Pengarah juga sebagai Lembaga Pengelola yang mentadbir Koperasi telah menubuhkan Jawatankuasa kecil bagi melicinkan perjalanan pengurusan koperasi dari masa kesemasa mengikut keperluan.

Kompleks Pekan Rabu

Kompleks Perniagaan Pekan Rabu diurus tadbir oleh Pengurusan Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad. Gerai-gerai yang terdapat didalam Kompleks Pekan Rabu disewakan kepada ahli untuk menjalankan perniagaan berbagai jenis produk dan barangan tradisional seperti tepak sirih, lesung batu, parang dan pisau, tudung, bakul dan juga barangan seperti barangan plastik, pakaian, barangan keperluan haji dan umrah dsb.


 

 

 ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH
KOPERASI PEKAN RABU
ALOR SETAR BHD.
bagi sessi 2008/2009

Yang DiPertua :- YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman

Pengerusi :- Encik Wan Pariduddin bin Wan Ibrahim

Setiausaha :- Encik Ahmad Zubir bin  Mansor

Bendahari :- Encik Kamarul Bahrin bin Yusoff

Ahli Jawatankuasa :-

Tuan Haji Tamrin bin Abd Karim

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Nyak Othman

Tuan Haji Mohd Hatta bin Haji Ali

Tuan Haji Azmi bin Shahab

Tuan Hj Mohamad bin Yahya

Tuan Hj Othman bin Ibrahim

Tuan Hj Wan Ismail bin Wan Daud

Encik Zubir bin Zabidi

Encik Hussein bin Saad

Encik Lutfi bin Hj Ahmad Ghazi

Encik Nazri bin Serat

Encik Sardi bin Dahar
 

Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) :-

Tuan Hj Baharuddin bin Hj Tahir -AJK

Tuan Hj Sjafii bin Nawawi - AJK

Tuan Hj Fadzil bin Ahmad  - AJK

 

Alamat Pejabat :-

Koperasi Pekan Rabu,
No. 14 Tingkat 2,
Bangunan Pekan Rabu Fasa 2,
Jalan Tunku Ibrahim,
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

No. Telefon :

Pejabat Am :  Tel / Faks :   04-7335929

Pegawai Eksekutif :   047313846
Puan Ilyana Hanis bt Ahmad Zuhdi
E-Mail : ilyana@pekanrabu.com

Penyelia Kompleks Dan Perniagaan :  04-7354740
Puan Faidzah bt Mat Isa
E-Mail : faidzah@pekanrabu.com

Pengerusi :    04-7316442 (talian terus)
Wan Pariruddin bin Wan Ibrahim
E-Mail : pengerusi@pekanrabu.com

Setiausaha :  04-7355523 (talian terus)
Ahmad Zubir bin Mansor
E-Mail : setiausaha@pekanrabu.com

Laman Web :

http://pekanrabu.com,
http://www.pekanrabu.com


Pengurusan | Menu Utama

Hantarkan komen dan cadangan anda kepada webmaster@pekanrabu.cm
Tarikh kemaskini : 08-Feb-2010